Thursday, April 30, 2009

Catatan Pengelaman Seni Lukis dalam hidup saya 1970-2009

Nama : Aris Aziz
Lahir : 1951
Negeri: Perak
Di sebuah kampung lama, ujud nya beratus tahun, entah bila dan siapa mula menduduki nya. Kampung Sungai Tinggi berada di pesisiran Pantai Barat Semenanjung Malaysia daerah Jajahan Larut Matang Taiping, Perak. Berada di tengah tengah antara Pantai Remis dan Taiping.

Mendapat pendidikan awal 1957 dan pada tahun ini juga lah kita telah mendapat kebebasan dari Penjajah ( Merdeka). Oleh itu Merdeka lah kita. Sebagai kanak kanak usia saya baru tujuh tahun. erti Kemerdekaan adalah satu keseronokan. Bayangkan lah kapal Terbang Raja Wali berlegar diruang angkasa kampung Sungai Tinggi gegak gempita bunyi nya. Sambil membuang risalah Kemerdekaan. Kertas risalah tersebut menyatakan tentang Kemerdekaan, kertas yang jatuh nya dari kapal terbang terasa amat berharga dan amat luar biasa. Maklum lah waktu itu jarang melihat kapal terbang melintasi ruang angkasa di kampung itu.

Waktu itu tiada apa yang dapat dilihat dan didengar, seperti Radio atau Talivisyen, hanya kicauan burung bermain main di pohon pohon sebelah rumah. Kalau ada radio pun tak mungkin dapat di dengar. kerana pemilik radio ketika itu hanya buka radio untuk rancangan rancangan tertentu saja kerana menggunakan kuasa beteri kering, kalau habis beteri terpaksa beli di Taiping. Ayah tak mampu membeli radio, kerana radio satu yang sukar untuk dibeli terasa amat mahal walaupun ketika itu harga nya RM 120.00 . Maklum lah mencari duit zaman itu bukan nya mudah. bekerja kampung, untuk mendapat gaji sehari rm 5.00 pun amat sulit.

MELUKIS DI TEPI JALAN AMPANG DEPAN BALAI SENI LUKIS NEGARA @ DEWAN TUANKU ABDUL RAHAMAN TAHUN 1973 - 1978

Berbekalkan pengelaman yang cetik untuk melukis dan cuba memberanikan diri melukis di tengah khalayak serta bertemankan 20 buah lukisan pemandangan yang di hasil di rumah, perasaan tega mengharapkan agar masyarakat menerima catan yang tak seberapa itu .bersambung.....